Tentang Kami

TENTANG KOPERASI

KPNJB

Koperasi Perubatan Negeri Johor Berhad singkatannya KPNJ Berhad ditubuhkan pada 7 Disember 1955 dibawah Akta Koperasi 1948 dengan nombor pendaftaran 2526 dengan nama “The Johore Medical Cooperative Thrift and Loan Society Limited” sebelum bertukar kepada nama yang sedia ada seperti sekarang pada  4 Mac 1997. Pada masa kini koperasi beroperasi dari bangunannya sendiri yang beralamat di No. 2-01, Jalan Cengkerik 7, Pusat Perdagangan Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor.

Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada semua Penjawatan Awam yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Negeri Johor.

Objektif Koperasi

Fungsi utama koperasi selaras dengan Fasal 8 UUK ialah Kredit .

Menurut Seksyen 51 Akta Koperasi 1993 dan Fasal 64 UUK, Koperasi menjalankan aktiviti memberi pembiayaan kepada anggota berdasarkan kepada prinsip syariah.

Matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan sosio ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi.

Misi & Visi Koperasi

Misi :

1) Mewujudkan prasarana yang efektif bagi memudahkan anggota-anggota menikmati perkhidmatan berkualiti dan efisyen yang disediakan oleh Koperasi.

2)Mengamalkan budaya tadbir urus yang baik mengikut piawaian sejagat serta berlandaskan kepada undang-undang.

Visi :

Menjadikan Koperasi Perubatan Negeri Johor Berhad sebagai entiti relevan dan berdaya saing serta dapat mempertingkatkan sosio ekonomi anggota melalui amalan prinsip-prinsip Koperasi.

Ahli Lembaga Koperasi

  • Koperasi ditadbirkan oleh sebuah Anggota Lembaga Koperasi yang terdiri daripada seramai 9 orang yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Semua Anggota Lembaga berkhidmat secara kehormat. Tugas utama Lembaga adalah menentukan hala tuju serta dasar-dasar koperasi sebagaimana yang telah digariskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan bersesuaian dengan Akta Koperasi 1993, Peraturan-Peraturan Koperasi 2010,Undang-Undang Kecil, Garis Panduan serta Pekeliling SKM.

En Abd Wahid bin Abd Rahman

Setiausaha

Hj Harryzan bin Abdullah

Pengerusi

Hj Mohd Anis bin Mohamed Ariff

Bendahari

Jawatankuasa Kecil KPNJB

Pengurusan & Kakitangan

  • Nama : Pn Illy Farhana bt Nordin
  • Jawatan : Pegawai Akaun
  • Tugasan : Membantu pengurusan akaun koperasi
  • Nama : Pn Siti Nur Fatimah bt Che Daud
  • Jawatan : Penolong Pegawai Akaun
  • Tugasan : Membantu pengurusan akaun koperasi
  • Nama : Pn Siti Fatimah bt Ismail
  • Jawatan : Penolong Pegawai Akaun
  • Tugasan : Membantu pengurusan akaun koperasi
  • Nama : Pn Raihana bt Abdullah
  • Jawatan : Penolong Pegawai Akaun
  • Tugasan : Membantu pengurusan akaun koperasi
  • Nama : En Akmal Zakwan bin Abdullah
  • Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir
  • Tugasan : Membantu pengurusan pentadbiran koperasi
  • Nama : Pn Nur Razila bt Mohamad Razali
  • Jawatan : Pengurus Ar Rahnu X’change
  • Tugasan : Mengurus Ar Rahnu cawangan Kempas Utama
  • Nama : Pn Siti Khadijah bt Saharudin
  • Jawatan : Teller Ar Rahnu X’change
  • Tugasan : Membantu pengurusan Ar Rahnu cawangan Kempas Utama
  • Nama : Pn Norwahidah bt Abu Bakar
  • Jawatan : Teller Ar Rahnu X’change
  • Tugasan : Membantu pengurusan Ar Rahnu cawangan Kempas Utama